Tuesday, November 23, 2010

Goji, sepintas lalu … Dalam perubatan Cina

kitabkuno
Goji telah digunakan dalam perubatan tradisional oleh masyarakat Cina selama lebih 5000 tahun. Banyak teks perubatan Cina menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan hasil daripada buah ini. Antara teks perubatan tersebut ialah:

Ben Cao Hui Yang“Goji meningkatkan qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan yin dan yang, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik”.

Ben Cao Bei Yao“Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong qi, meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata”.
Ben Cao Gang Mu“Goji membuang qi yang tidak baik daripada lima (5) organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur”.

No comments:

Post a Comment