Testimony


TESTIMONI Pengguna Produk GOJI

Rangkaian Produk Goji
KETUMBUHAN DALAM OTAK (BRAIN TUMOR)
Sejak umur 8 bulan, saya selalu sakit. Pandangan menjadi kabur serta tidak jelas. Teraba-raba, tak macam kanak-kanak normal. Masa umur 1 tahun, doktor kesan dan bagi tau, ada ketumbuhan dalam otak (brain tumor). Ia akan menjejaskan mata dan pandangan saya. Dia suruh saya ‘operate’.

Pembedahan pertama di bahagian hidung dibuat masa umur 1 tahun. Lepas 2 bulan, pembedahan kali kedua di atas dahi pulak. Masa tu, buat rawatan ‘chemotherapy’. Akibatnya, mata kiri terjejas teruk, lama-lama tak nampak langsung. Mata kanan pun kabur.

Umur 11 tahun, saya buat pembedahan ketiga. Dan umur 16 tahun, keempat. Masa buat rawatan susulan, doktor pakar beritahu keadaan mata saya bertambah teruk.

Pada bulan Disember 2007, datuk saya terbaca tentang khasiat ‘Goji’ dalam katalog Health Builders. Sebelum berangkat ke Mekah, atuk telah membeli 4 kotak Goji Soya. Atuk pesan kepada saya untuk amal minumnya pagi dan petang.

Pada 22 Februari 2008, masa buat pemeriksaan susulan, doktor beritahu keadaan mata saya bertambah baik. Dia juga bagi tau saya kena tukar cermin mata yang saya pakai kepada yang baru. Hanya kurang 2 bulan amal minumnya, saya dah rasa ada perubahan.

Sekarang pandangan saya bertambah baik, saya juga rasa bertenaga. Saya akan terus minumnya. Goji Soya Health Builders baik untuk kesihatan, terutama untuk kanak-kanak.

Mohammad Muslihuddin Bin Nahizan Hj Tohid Othman (datuk) Tel: 019-2707486

G6PD (Daya Tahan Darah Tidak Kuat)

Anak saya mengidapi G6PD iaitu daya tahan darah tidak kuat semenjak lahir. Penyakit keturunan ini mengakibatkan darah cepat pecah. Dia tak boleh makan jenis-jenis kekacang, ubat sembarangan atau terdedah pada ubat nyamuk. Kalau makan atau terkena ubat nyamuk, matanya akan bertahi, berkudis di badan dan cepat luka bila kena garu. Saya terpaksa beri tumpuan kepadanya.

Masa umur 2 tahun, saya bagi anak saya minum Goji Soya Health Buiders, setelah diperkenalkan oleh seorang Stokis. Lepas beri minum hanya 2 kali, saya nampak ada perubahan. Tindak balasnya ketara. Banyak kudis timbul, nanah keluar.

Melihatkan tanda yang positif, saya terus bagi anak saya minum. Lebih kurang 3 bulan, kesihatanya bertambah baik. Sekarang kalau luka bila digaru, ia akan cepat baik, kudis pun tak ada lagi.

Goji Soya Health Builders memang hebat!!
Muhammad Abbas Bin Azhar, 2 tahun 10 bulan

Mariam Abd ghani (ibu)
Tel: 013-9042544

SAKIT PINGGANG DAN CEPAT LETIH

Dulu, masa membuat kerja berat, saya selalu sakit pinggang dan cepat letih. Seorang kawan beri produk Goji Health Builders. Saya minum 3 hari berturut-turut. Pada hari keempat, pinggang saya rasa sengal dan sakit. Kawan tadi beritahu ia adalah proses penyembuhan.

Pada hari kelima, bila bangun dari tidur, saya rasa segar, bertenaga. Pinggang tidak rasa sakit. Selalunya bangun pagi pinggang, sendi dan urat saraf terasa ngilu dan sakit. Sekarang saya boleh buat kerja berat. Saya juga penuh bertenaga.

Terima kasih Health Builders di atas penemuan khasiat dan faedah Goji. Produk hebat ini telah menjadikan saya daripada seorang yang selalu keletihan kepada seorang yang sihat, bertenaga.

Mohd Ramli Baharoom
Tel: 012-2441945

                               Masalah Slipped Disc


MohdSham
Nama : Mohd Sham Abdullah

Dulu, saya menderita masalah ‘Slipped Disc’. Akibatnya saya mengalami masalah lemah tenaga batin, sebelah kaki pula diserang penyakit saraf. Dan paha hingga ke hujung jari kaki, ia mengecil dan mengecut. Lebih menakutkan doktor mengesahkan bahawa ia tidak akan pulih.

Saya disyor minum produk Goji Health Builders. Selang beberapa hari, saya rasa ada perubahan. Rasa sakit di bahagian tulang belakang mula beransur hilang. Saya bertambah sihat, cergas dan bertenaga. Kaki saya yang mengecut jadi seperti normal. Hingga hari ini, saya masih mengamalkannya. Saya akan terus meminum produk Goji sebagai makanan kesihatan utama. Goji Health Builders memang berkesan!


Asma, Migrain, Sakit Tulang Belakang, Ghout

Nama : Mohd Khabidin bin Abdullah Sagadi
Pekerjaan : Pesara Tentera
Tempat : Kota Damansara

Saya mengidap darah tinggi bermula pada 1993, asma, migrain dan sakit tulang belakang pada 2003 dan sakit gout pada 2004. Beliau mula mengambil ubat darah tinggi pada tahun 2007.

Pada bulan Mac 2008 seorang pengedar Goji Classic telah memperkenalkan produk tersebut kepada saya. Selepas menggunakan/mengambil selama 3 hari, pada hari keempat saya tidak lagi menggunakan ubat darah tinggi sehinggalah sekarang.

Sakit tulang belakang juga telah beransur pulih. Selepas dua minggu tindak balas yang paling ketara adalah tulang belakang dan lutut sudah pulih secara beransur-ansur hari demi hari.

Sebelum Goji Classic diperkenalkan, akibat dari penyakit gout yang saya alami, saya terpaksa bersembahyang di atas kerusi dan selepas 2 bulan mengamalkan Goji Classic saya sudah boleh bersembahyang secara normal.

Ditambah lagi saya telah kehilangan isteri keadaan saya menjadi letih dan lesu. Kini saya telah kembali ceria dan bertenaga dan Alhamdulillah asma, migrain, sakit tulang belakang dan gout yang saya alami selama ini telah pulih dan tiada lagi pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit-penyakit tersebut.



Rawatan Chikungunya dengan Goji 

Pada bulan Dec 2008 semasa cuti sekolah saya sekeluarga telah balik kampung di Felda Jengka 16 Pahang. Tidak disangka, percutian kali ini isteri dan anak-anak saya telah dijankiti virus yang dikenali sebagai Alphavirus bawaan nyamuk Aedes. Selepas isteri dan anak-anak dibawa berjumpa doktor, mereka telah disahkan dijangkiti penyakit Chikungunya ataupun dikenali sebagai selsema tulang.

Dalam tempoh tersebut mereka mula menderita rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil. Diberitahu oleh doktor bahawa tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Mereka hanya diberi ubatan yang hanya mampu untuk menahan rasa sakit sahaja dengan harapan imunisasi badan secara semulajadi dapat menyembuhkannya dan dikatakan akan mengambil masa yang panjang iaitu 2 ke 3 bulan malah mungkin 2 ke 3 tahun untuk pulih sepenuhnya.

Selepas balik ke Kota Damansara, dalam masa dua minggu saya pula mula mengalami gejala sakit yang sama seperti isteri dan anak saya. Pada hari raya haji yang ke 3 sendi dan tapak kaki mula terasa amat sakit. Petangnya habis sendi-sendi pinggan dan lutut mula rasa sakit dan membuatkan saya tak larat untuk berjalan. Ini menyebabkan saya tak boleh bangun selama 2 hari.

Pada peringkat awal, untuk menghilangkan rasa sakit pada bahagian sendi-sendi tersebut saya talah mengambil Panadol Extend. Namun ia cuma untuk seketika sahaja dan selepas itu ubat tersebut tidak mampu untuk menahan rasa sakit tersebut.

Kebetulan pula saya adalah ahli rangkaian produk goji keluarana Health Builders Sdn Bhd. Terus saya memesan Goji Soya dan Goji Classic untuk saya sekeluarga dari stokis yang berhampiran. Saya dan isteri mengambil Goji Classic manakala anak-anak saya mengambil Goji Soya dua kali sehari iaitu pagi dan malam.

Goji Classic membuatkan saya lebih bertenaga. Sakit pada bahagian sendi juga sudah tiada. Perubahan utama yang saya rasakan setelah sehari mengambil Goji Classic  untuk rawatan Chikungunya ialah saya merasakan lebih bertenaga. Selepas dua tiga hari, sendi-sendi sudah tidak berasa sakit lagi. Disaat ini, semasa testimoni ini dibuat, anak-anak dan isteri saya sudah beransur pulih hampir 99% dan saya sendiri sudah pulih sepenuhnya cuma kadangkala sahaja tapak kaki masih berasa sakit.

Apa yang lebih mengujakan, anak saya yang mempunyai masalah kulit juga telah menunjukkan perubahan yang positif pada kulitnya dan selera makannya juga sudah semakin bertambah. Kesimpulannya, Goji Classic dan Goji Soya dapat membantu untuk rawatan dan mempercepatkan pemulihan dari demam Chikungunya dan membuatkan kita lebih bertenaga. Dalam tempoh itu juga saya sekeluarga tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dari doktor.

Terima Kasih Health Builders untuk produk yang hebat ini.

Testimoni Chikungunya: 
Cikgu Mohd Zainudin, Kota Damansara 013-3363 703